sumber : www.nccc.org.my
$$Mendidik Anak-anak menguruskan Wang$$
Video ini adalah rentetan daripada artikel jom mula menabung yang saya siarkan beberapa minggu lepas. Semoga bermanfaat.
Semangat setiakawan
Assalamualaikum semua..
Hari ini nak cerita tentang kehidupan di asrama.
Hari ini nak cerita tentang kehidupan di asrama.
Jom mula menabung..
Menabung untuk Kebahagian Masa Depan
Kita
semua inginkan taraf hidup yang lebih baik. Bagi mencapainya, kita
perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan
kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi
negara.
Faedah Menabung
Menabung
boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita
dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki
kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.
- Meningkatkan PendapatanApabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah.- Meningkatkan Kualiti HidupMenabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya:i) Membiayai PendidikanUntuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita.ii) Membeli RumahMembeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini.iii) Tanggungjawab BerumahtanggaApabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakanpenghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang.
Tabung buluh pun boleh.. iv) Membeli Barang KeperluanKebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah.v) Keselesaan Hidup dalam PersaraanSkim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung.vi) Menyediakan PayungKita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.vii) Berdikari dari Segi KewanganJikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.
Menabung melalui Amalan Berhemat
Amalan
berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan
bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan
menghasilkan lebihan yang boleh ditabung.
1) Berjimat CermatKita hendaklah berjimat cermat dalam menggunakan sumber-sumber yang ada seperti elektrik, air dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan.2) Merancang PerbelanjaanJikalau kita merancang segala perbelanjaan dengan cermat, kita dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Hasilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh ditabung.3) Amalan BersederhanaApabila taraf hidup kita meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan berlebihan dan bersikap mementingkan kebendaan. Tabiat ini perlulah dicegah. Kita harus mengamalkan cara hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan masa depan.
ini tabungan untuk akhirat...=) |
P/s: Selamat membaca dan semoga bermanfaat ya semua.
Sumber imej: google.comSumber : Bank Negara Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)