Jadi Pengguna Bijak semudah 3 langkah! (Bahagian 1)


 

Hendak menjadi pengguna bijak sememangnya mudah.

Praktik perkara yang menjimatkan dan memberi nilai terbaik pada wang anda, di kemudian hari anda akan senyum kerana kebijakan berbelanja memberi kesan positif terhadap emosi anda:)
Berikut 3 langkah awal berbelanja yang praktikal dan menguntungkan anda.


Sediakan senarai membeli-belah
Pernahkah anda berbelanja lebih daripada yang diperlukan? Bagi memastikan perkara sebegini tidak berlaku di kemudian hari, senaraikan keperluan membeli-belah anda mengikut bajet yang disedia. 

Ini aamat berkesan mengurangkan pembelian barangan yang tidak mustahak. Ia menjadikan anda lebih efektif menguruskan wang.

Bandingkan harga.
Adakah anda pernah membeli barang yang diidamkan, kemudian dapat tahu yang barang itu dijual pada harga yang lebih murah di tempat lain? 

Aktiviti membeli-belah adalah peluang anda melakukan tawar-menawar. Bandingkan harga barangan dari setiap kedai sebelum membuat keputusan untuk membeli. Ia meletihkan namun hasilnya amat membrangsangkan!

Pilihlah produk berkualiti
Anda mengguna kerana kualiti atau harga murah? Biasanya, kos produk berkualiti lebih mahal. Ini bergantung kepada produk tersebut. Sekiranya anda membeli beg berjenama tiruan, ini bermakna anda telah membeli produk yang tidak berkualiti. Lebih malang lagi jika anda membelinya pada harga tulen!

Alah membeli menang memakai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan