Kenali FOMCA di Ambang 40 Tahun


Tahukah anda FOMCA akan menyambut ulang tahun ke-40 dalam tahun ini, iaitu pada 10 Jun ini.
"FOMCA adalah sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. Ia menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya."
Saya mahu berkongsi sedikit maklumat tentang FOMCA. Ia ditubuhkan pada 10 Jun, 1973 di Alor Star, Kedah.  Kini, FOMCA mempunyai 15 ahli gabungan di negeri-negeri yang mengfokuskan dalam isu-isu pengguna.
Tema sambutan ulang tahun ke-40 FOMCA adalah “Memperkukuh Perlindungan dan Pengupayaan Pengguna”.
Apa FOMCA lakukan untuk Pengguna?
Sudah 40 tahun FOMCA berjuang dan demi kebajikan dan perlindungan pengguna. Ia dilaksanakan menerusi pelaksanaan  undang-undang, dasar, program dan penguatkuasaan.

FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.

Ia berusaha mempertingkatkan aspek kepenggunaan menerusi kuasa beli pengguna, pembangunan berasaskan keperluan yang memastikan keadilan sosio-ekonomi dan alam sekitar. 

Ia penting bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua Rakyat

Keutamaannya bukan sahaja nilai untuk wang tetapi juga nilai untuk manusia.

7 ulasan:

  1. Slam perkenalan..terima kasih atas infonya..ni untuk pertandingn ye?nice blog n info..Good Luck Nurul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan juga..ni siapa ye?hehe..terima kasih, blog persendirian dan nak hantar untuk pertandingan pengguna.Doakan saya =)

      Padam
  2. Assalamualaikum
    Kewujudan badan/persatuan pengguna memang diakui sangat penting bagi memastikan hak kita sebagai pengguna terbela. 40 tahun gemilang bersama Fomca..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam,
      Bersyukur sangat sebab ada persatuan sebegini ada di Malaysia. Terima kasih bagi komen=)

      Padam
  3. o...ada lagi yg bsr dr psatuan pgguna yg aktif mcm CAP..nu info! thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. fomca 40 tahun sebaya ayah sy..huhu

      Padam
    2. Ya..40 tahun dah..TQ sudi berkunjung

      Padam