Ilmu kewangan dapat minimumkan risiko kehilangan wang simpanan anda. Ia semudah dengan mengetahui pelbagai jenis pelaburan tidak sah di sisi undang-undang yang terdapat dalam masyarakat kini.
Berikut adalah beberapa ciri dan janji yang umumnya ada dalam sesuatu skim penipuan.
- Setiap pelaburan yang dibuat, anda menerima pulangan yang tinggi, umpamanya, 20-30% sebulan bagi setiap bulan.
- Anda tidak diajar mempromosikan produk yang kononnya berkualiti yang perlu anda jual, sebaliknya lebih menitikberatkan tentang komisen yang akan dibayar mengikut bilangan orang yang anda latih atau bawa masuk sebagai ahli.
- Anda diberitahu bahawa tawaran itu hanya untuk tempoh terhad dan anda MESTI membelikannya sekarang serta anda tidak akan dihubungi lagi jika tidak membuat keputusan serta-merta.
- Anda dimaklumkan bahawa anda telah memenangi hadiah dan anda diminta memasukkan wang ke dalam bank asing dalam mata wang asing tetapi anda tidak pernah berurusan dengan syarikat asing tersebut.
- Anda menerima panggilan telefon menawarkan peluang-peluang pelaburan dan anda sendiri tidak tahu bagaimana syarikat itu mendapat nombor telefon anda.
- Anda menerima e-mel yang meminta nombor akaun anda kerana mereka mahu menghantar wang kepada anda, berjumlah berjuta-juta dolar Amerika dari negara asing.
- Anda didatangi oleh seseorang yang mengaku sebagai ejen bagi syarikat
dagangan asing yang beribu pejabat di luar negara untuk berdagang dalam
indeks asing (contohnya, indeks Hang Seng),komoditi (contohnya kopi)
atau mata wang asing (contohnyaAS$, Yen dsb) tetapi anda perlu
mendepositkan sejumlah wang dalam mata wang asing sebagai “margin”,
sebelum sesuatu urus niaga boleh dilakukan. Sukar untuk menemui
sebarang maklumat mengenai lesen atau kewujudan syarikat itu dalam laman
web mana-mana pihak pengawal selia atau pihak berkuasa yang berkenaan.
- Anda ditawarkan satu produk
pelaburan yang menjamin keuntungan besar tanpa sebarang risiko
kewangan. Anda diminta melabur dalam satu skim pelaburan.
Anda
dihubungi oleh syarikat yang menawarkan pakej percutian kepada anda
tetapi anda perlu hadir ke syarikat terbabit untuk mendengar taklimat
terlebih dahulu dan kemudiannya dipujuk menyertai sesuatu pakej
Ini sebenarnya bukanlah satu bentuk skim penipuan pelaburan, tetapi tetap satu lagi skim penipuan yang popular.
Alamat dan maklumat perhubungan syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan besar kepada anda itu terletak di sebuah negara asing yang anda tidak dapat pastikan di mana kedudukan sebenar syarikat itu.
Awas dengan tawaran yang mecurigakan!
sumber: www.nccc.org.my
Akak merupakan salah seorng mangsa..penipuan internet. Ingat beli online ni jimat, tp kne tipu pulak..namun tak semua peniaga online yang tak betul, cuma kita kne brhati hati dan survey dulu mane peniaga yang disenarai hitam. Contohnya dalam majalah.com ada satu ruang untuk pengguna buat aduan, kat sana kita boleh tengok senarai aduan n name2 penipu siber ni..just sharing..semoga bermanfaat - kak Ja, Pahang-
BalasPadamTerima kasih berkongsi dengan saya akak=)
BalasPadam