(Di ambil daripada arkib aduan pengguna)
Pada 30/10/2011 saya ada membeli sekotak minuman susu kotak (1
liter). tarikh luput yang tertera pada kotak itu adalah pada 28/07/2012.
Akan tetapi setelah membukanya untuk diminum, saya dapati air itu
seperti masam dan tidak elok untuk diminum.
Baunya pun tidak menyenangkan. saya sebagai pengguna amat tidak
berpuas hati pada syarikat atau pihak pengilang yang membuat minuman ini
kerana air itu tidak berkualiti dan ia boleh menjejaskan kesihatan pada
peminumnya. tarikh yang tertera atau dicetak pada kotak minuman ini
sama sekali tidak menepati dengan kualiti atau mutu minuman tersebut.
diharap pihak anda dapat membantu bagi menyelesaikan masalah ini
kerana dikhuatiri ramai yang akan terpedaya dan ini boleh menyebabkan
kerugian kepada pengguna. segala kerjasama anda amatlah kami hargai.
sekian terima kasih.
****Apa pandangan anda semua?Kongsi diruangan komen.
Bagus..kne buat laporan agar ramai yang tak tertipu
BalasPadam