Konsep harta sebagai amanah,ujian,alat dan pemilikannya yang tidak mutlak menjadikan manusia lebih berhati-hati dalam mencari dan menggunakan harta kekayaan.Umat islam sedia mengakui batas-batas yang wajar kepada kenikmatan dan penggunaan harta tersebut.Mereka juga mengakui hak allah s.w.t. serta menyedari hak orang lain terhadap sebahagian harta itu.
Dalam syariat islam, perkataan atau istilah pengguna tidak dirujuk secara lansung dalam al-quran.Tetapi perkataan yang berbau perintah kepada perilaku mengguna wujud dalam banyak bahagian al-quran.Antaranya penggunaan perkataan seperti belanjalah,makanlah,pakailah,berikanlah dan tunggailah.Kesemua perkataan ini merupakan suatu perintah kerana istilah-istilah ini bukan sahaja mengandungi suruhan untuk mengguna sesuatu benda atau perkara yang diamanahkan oleh allah.
Dalam islam,pengguna diberi kebebasan sepenuhnya dalam menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk menikmati kesejahteraan dan keselesaan hidup.Sekalipun begitu kita dikehendaki menggunakannya menurut adab dan peraturan yang ditetapkan oleh allah.Antara adab dan peraturan menggunakan barangan dan perkhidmatan ialah:
(i) menjaga kebersihan dan menggunakan barangan yang suci.rasulullah s.a.w menyatakan bahawa "kebersihan atau kesucian itu separuh daripada iman ". Dalam berpakaian, rasulullah s.a.w. terkenal dengan adab berpakaian yang ringkas,kemas,bersih dan menggunakan wangi-wangian.Islam mengutamakan kesucian dan penyucian diri seperti ini.
(ii) menggunakan barangan dan perkhidmatan secara halal sebagaimana firman allah dalam al-quran yang bermaksud:
"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada allah yang kepadanya sahaja kamu beriman.
(Al-Maidah:88)
Ayat ini menuntut pengguna muslim menggunakan makanan dan perkhidmatan yang halal sahaja seperti memakan makanan yang tidak memabukkan,binatang yang disembelih dengan menyebut nama allah serta menjauhi amalan riba.
Perundangan negara juga melindungi keselamatan pengguna seperti peraturan makanan 1985 dengan memberikan perhatian kepada bahan pengawet,cara pembungkusan dan piawaian terhadap pelbagai jenis makanan.Seksyen 34 Akta makanan 1983 (Akta 281) pula menekankan tentang pemberian kuasa pelaksanaan dalam penguatkuasaan.
Prinsip Pengguna
Dalam penggunaan barangan dan perkhidmatan,kepuasan bukanlah menjadi akhirnya bagi kita umat islam.Bahkan kepuasan hanyalah nikmat yang bakal dirasai di akhirat kelak.Justeru kepuasan dalam islam tidak dipandang dari sudut kebendaan semata-mata tetapi perlu dinilai dari segi kerohanian.Kepuasan ekonomi yang bertentangan nilai islam,hendaklah dilepaskan.Pengguna yang rasional ialah pengguna yang dapat memandu tingkahlakunya yang terangkum dalam tiga prinsip:
Kepercayaan kepada hari akhirat yang meliputi kehidupan sebelum dan selepas mati.Pertimbangan akhirat menyebabkan pengguna bukan sahaja akan membelanjakan sesuatu untuk faedah yang segera tetapi faedah yang belum nampak iaitu akhirat.
Mendapat keredhaan allah,itulah kejayaan yang sebenar.Justeru, sumber harta ,tenaga dan masa yang digunakan hendaklah diniatkan di jalan allah dan bukan bagi kepentingan diri yang berpandukan dorongan nafsu semata.
Kekayaan harta merupakan amanah dan ujian allah kepada pemiliknya.Oleh itu,harta hendaklah dibelanjakan secara hak dan bukan dengan cara batil seperti boros,berlebihan,membazir ke jalan yang terlarang,menyorok barangan dan sebagainya.
Dunia perniagaan begitu ghairah menarik perhatian pengguna melalui pelbagai saluran iklan dengan pengiklanan yang mempesonakan.Iklan sepatutnya berperanan membangkitkan kesedaran pengguna dengan memberi maklumat yang benar dan tepat.Namun, berlaku juga pengiklanan yang mengabaikan peranan mereka yang sebenar sehingga terjadi penipuan kepada pengguna.
Iklan sebegini kerap digunakan untuk membangkitkan emosi penggunan dengan sifat gemarkan kemewahan,kemegahan,bersaing,mementingkan status ,tamak dan pentingkan kebendaan.Lantaran itu,mereka mementingkan jenama daripada mutu dan kesucian serta mementingkan hiburan daripada pendidikan.Akhirnya pengguna terjerumus ke kancah budaya gemar membazir daripada bersifat sederhana dan mementingkan keperluan asas.
Keadaan ini amat jelas bertentangan dengan prinsip kepenggunaan menurut perspektif islam yang menekankan bahawa kehendak manusia perlu disertai oleh keupayaan dan kuasa untuk memenuhinya.Ia dipanggil kehendak yang sah (effective need) kerana secara amnya kehendak manusia itu tidak terbatas.Justeru,islam menggariskan adab dan peraturan yang lengkap dalam menjalankan urusniaga secara adil (fair dealing) sebagai perundangan bagi melindungi pengguna.
Sejarah membuktikan bahawa semasa rasulullah s.a.w. mula-mula memerintah Madinah,baginda telah menyucikan urusan perdagangan daripada pelbagai bentuk amalan keji seperti menipu,berjudi,riba',eksploitasi,mengaut keuntungan berlebihan dan sukatan yang tidak tepat.
Rasulullah s.a.w. sebagai saudagar besar telah memperlihatkan contoh dan adab peraturan yang perlu dilaksanakan dalam urusan perniagaan iaitu:
* Mendapatkan dan menikmati rezeki secara halal.
* Mengharamkan perniagaan barangan dan perkhidmatan yang haram.
* Berkelakuan baik semasa berurus niaga.
* Menjauhkan diri daripada amalan riba'.
* Menjauhi urusniaga yang melibatkan rasuah,wang kopi (earnest money), menyatukan dua urusniaga dalam suatu tawar menawar (bargain) dan menjauhi pertukaran barangan secara adil.
* Menjalankan urusniaga dengan jujur dan amanah.
Cabaran besar pengguna masa kini bukanlah semata-mata mencari alternative barangan dan perkhidmatan yang halal sahaja,sebaliknya pengguna juga harus bersikap jujur kepada diri sendiri untuk melaksanakan prinsip kepenggunaan menurut islam bagi mencapai keredhaan allah s.w.t. Membelanjakan harta hendaklah ditumpukan kepada keutamaan,keperluan,kemampuan,kesederhanaan serta menjauhi sikap boros,tamak,hidup beraya dan membazir.Pengguna muslim yang bijak seharusnya mempunyai perancangan dan strategi perbelanjaan dengan menentukan keperluan asas seperti simpanan,kesihatan,pendidikan dan seumpamanya.Oleh yang demikian pengguna perlu menganalisa diri sendiri secara kritikal agar dapat mengamalkan budaya pengguna yang diredhai allah s.w.t.
Sumber: Sinar Rohani, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Islam is the way of life..tq for the nice sharing Nurul
BalasPadam